Saturday, December 13, 2008

More than Word!

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan. * Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu. * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama. * Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah. * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap * Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan. * Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka. * Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya. * Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah. * Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai. * Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. * Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka. * Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. * Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar. * Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari * Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. * Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain. * Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca * Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai * Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal * Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia * Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi * Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu. * Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian * Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar * Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar * Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia * Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

No comments: